Showing posts with label craft. Show all posts
Showing posts with label craft. Show all posts

Wednesday, 31 May 2017

♥ My Tree Quilling


5 Ramadhan 1438

Aku dah lama meninggalkan aktiviti berquilling ni. Baru-baru ni semacam ade mood balik. Semalam dah tempah frame. Tak sabar nak tunggu esok! Frame yang aku tempah pun simple je sebab nak pilih yang cantik-cantik, mahal pulak harganya! Huuuu..

Dah siap tempahan frame tu nanti, teman upload kat sini ye!



#
#
#
#
#
Ini dia Quilling Tree saya setelah diframekan :)



Ada yang berminat tak dengan hasil quilling saya? Saya nak jual! Sila Klik Di Sini.




Tuesday, 7 March 2017

♥ Keychain Nama


First time buat keychain ni.. takde idea sebenarnya so googlelah tengok crafter² lain punya hasil. Kak Ida minta aku buatkan keychain nama untuk anaknya Fatihah yang juga merupakan anak kepada suami aku.

Ingat nak buat guna manik² alphabet je tapi masalahnya huruf² yang ada terhad juga. Lagi satu, macam kurang menarik pula..dahlah kecik, nak gantung kat beg skolah pun alahai...


So akhirnya tekad nak buat keychain nama guna felt je.

Nak cari alphabet felt yang siap potong tu pun payah. Dekat kedai reben yang aku cari ni pun takda alphabet felt siap potong yang campur² tu. Kat kedai reben ni, dia asingkan huruf² A-Z. Setiap bungkus ada 10 unit..Harganya RM3.50 sebungkus. Jenuhlah kalau nak beli satu² kan? Nak tak nak terpaksalah try lukis sendiri huruf² tu dan tekap kat felt. Nak mengguntingnya satu hal juga. Kalau ada mesin cameo kan best! Hah! Berangan sekejap! Hehe...

Alhamdulillah...Akhirnya siap juga keychain nama ni setelah bersengkang mata malam tadi. YEYY!! Kalau dah mula buat tu, payah pula aku nak berhenti! Selagi tak siap membongkoklah aku kat depan meja tu...huuu

Tuesday, 24 January 2017

♥ Pin Cushion Kaktus


Pincushion Kaktus 3 Sahabat
:-)

Saya menggunakan bahan terbuang untuk membuat badan pincushion di atas. Bahan terbuang yang dimaksudkan adalah tissue roll kitchen! Menarik kan?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pincushion di atas, sila KLIK DI SINI

Terima kasih!


Thursday, 19 January 2017

♥ Felt Pin Cushion

Hai semua!!!
Apa khabar???

Lama saya tak update blog ni.. 
Seperti biasa, kalau tiada mood dan tiada kraftangan terbaru daripada saya, maka blog ini akan dibiarkan begitu saja...krikkk..krikkkkkk

Ok.. saya nak tunjukkan kepada anda semua the latest pincushion yang saya hasilkan daripada felt dengan menggunakan jahitan tangan 100%. Gambar di bawah adalah pandangan dari atas.

Comel tak?


Sebenarnya ada beberapa biji pincushion lagi yang telah saya hasilkan. Saya tak buat banyak dan bila saya hasilkan sesuatu design, tidak akan ada lagi design seperti itu. Kalau sebiji tu, sebiji tu jelah macam tu..kira special editionlah..krikk..kriikkkkk....

Bagi anda yang berminat ingin memiliki pincushion ini ataupun just nak tengok cuci² mata, bolehlah KLIK DI SINI.


Wednesday, 28 September 2016

♥ Cactus Pin Cushion

Semalam terhasillah pincushion cenggini gaya...
Kononnye cactus lah tu...hehe





Tuesday, 20 September 2016

♥ Greeting Card



Another handmade greeting card from me!

Anda berminat tak dengan handmade greeting card terbaru daripada saya ni?

Always Love You!

Sekiranya anda berminat, sila klik di sini untuk mengetahui harganya..


Friday, 9 September 2016

♥ Simple Birthday Card

Satu lagi design birthday card yang saya siapkan malam tadi..

Untuk dijual!!!



Monday, 5 September 2016

♥ Handmade Birthday Card

2 design Birthday Card yang simple, bersaiz A6 telah berjaya disiapkan. First and last edition only!

Untuk dijual!!!

SILA KLIK DI SINI dan DI SINI







Tuesday, 3 May 2016

♥ Keychain Pin Cushion Untuk Hari Guru




Alhamdulillah, tempahan 20 biji keychain pin cushion untuk Cikgu JJ sempena Hari Guru di sekolah tempat dia mengajar dah siap! Huh, leganya.... Semuanya aku jahit tangan.. Harap cikgu² yang menerimanya akan berpuas hati :)











Wednesday, 20 April 2016

♥ Tag Hari Guru


Haha..inilah design tag yang aku buat untuk dilekatkan pada plastik gift keychain pin cushion tu nanti. Simple je kan?


Tuesday, 19 April 2016

♥ Cup Cake Pin Cushion


Tempahan seterusnya, daripada seorang kawan Kak Siti Maryam. Alhamdulillah... gembira bila dapat tempahan sebegini walaupun hanya sebiji saja...


P/S : Ada tempahan keychain pin cushion daripada seorang bekas pelajar SMLK yang juga merupakan budak sekelas aku dulu. Sekarang dia mengajar di Sek. Rendah Lembah Keramat. Tempahan sempena sambutan Hari Guru nanti.. baru je 4 biji siap, lagi 16 biji masih belum buat lagi..huhuhu. Memakan masa sebab semuanya aku jahit tangan. Kebiasaannya, di malam hari barulah aku start kerja² kraftangan ni sebab siangnya aku bekerja di pejabat.. Adoi...sempat tak ni?



Tuesday, 12 April 2016

♥ Felt Pin Cushions

Terbaru daripada saya....handmade pin cushion... :-)


Cup Cakes Pin Cushion
Material : Felt Lembut dan Keras, Fiber, Foam Sheet, Butang Hiasan/Manik, Renda

Round Felt Pin Cushion
Material : Felt Lembut dan Keras, Fiber, Manik, Benang Emboidery, Benang Felt

Keychain Pin Cushion
Material : Kain Cotton, Fiber, Renda, Butang Hiasan, Benang Felt, Keychain








Thursday, 17 March 2016

♥ Car Charm


Car charm ataupun kraf gantung-gantung ini adalah permintaan daripada anak buah suami saya. Puas juga saya memikirkan nak buat design yang macamanakah? Akhirnya, saya terfikir nak buat bentuk love saja. Saya hiaskan talinya dengan manik² dan saya gunakan CD bersaiz kecil sebagai tapak untuk mengikat love felt dan manik² tersebut. CD tu pulak saya hiaskan dengan cotton twins dan bermulalah aktiviti mewarna di situ... Saya ni tak pandai melukis dan mewarna, ikut dan saja.. kikik..


Apa pendapat korang? Ok tak?




♥ Handmade Birthday Greeting Card

Hello and hi!

As you can see, this is my latest birthday card creation. I made it a few weeks ago. Here i used simple iris folding technique to make my card more attractive. 


Thanks for stopping by!

Thursday, 28 January 2016

♥ Felt Casing


Baru² ni aku cuba buat casing serbaguna menggunakan felt keras. Main taram je... Asalnye nak buat handphone casing untuk handphone Samsung K-Zoom aku...alih² terpendek pulak penutup casing tu.. Silap ukur... kalau panjang sikit penutupnya barulah ok...Tapi casing ni sesuai pulak dengan saiz handphone Samsung makcik aku...huuuu




Actually, felt casing ni pelbagai guna...nak simpan apa pun boleh asalkan saiznya kecik daripada felt casing ni lah..Bubuh buku simpanan pun boleh.... :) tapi buku simpanan Tabung Haji tak bolehlah sebab ukurannya lebar sedikit.

Ukuran casing ni lebihkurang : 9cm lebar x 15 cm tinggi




Tuesday, 26 January 2016

♥ Felt Stick Bookmark (OWL)

Siap juga akhirnya....nak siapkan 5 biji pun jenuh..maklumlah, perlukan ketelitian untuk menjahit tangan, menampal dan sebagainya...(ceh! iyo iyo...jo....tapi memang iye pun!)



Kalau berminat untuk memiliki bookmark di atas, sila klik di sini untuk melihat harga..


Tuesday, 19 January 2016

♥ Felt Pillow


Felt pillow yang sempat saya jahit. 100% hand sewing.

Wednesday, 30 December 2015

♥ Felt Keychain-Love

Handmade Love Felt Keychain...

Saya hasilkan 5 unit jugak...

Ada yang berminat nak beli tak? Saya mengamalkan konsep First and Last Edition...maksudnya saya hanya buat pattern ini sekali sahaja... :)






♥ Felt Keychain-Bunga

Keychain Bunga ini saya jahit tangan sepenuhnya. Tak berapa cantik, maklumlah...baru nak belajar²... Saya hasilkan sebanyak 5 unit sahaja...

Ada yang berminat nak beli tak? Saya mengamalkan konsep First and Last Edition...maksudnya saya hanya buat pattern ini sekali sahaja... :)



♥ Felt Owl

Lama tak update blog ni... rasa macam tiada bertuan pulak! Sebenarnya saya tiada mood dan juga masa untuk berkarya lagi di dalam blog ini..huuuuuu... TAPIIII!!!!!

.....baru² ini, saya telah jatuh hati dengan kraftangan felt. Google dalam internet, banyak juga kraftangan felt yang menarik saya lihat telah dihasilkan terutamanya dari luar negara. Di negara kita pun ramai juga pengusaha kraftangan sambilan yang berjinak-jinak dalam kraftangan felt ni.

Untuk cubaan yang pertama, saya teringin membuat bantal burung hantu. Oleh kerana hasilnya agak kecil, maka saya rasakan ianya hanya sesuai dijadikan patung burung hantu saja (owl toy).. Inilah hasilnya.....100% jahitan tangan

:-)





Owl Template
Saya Dapatkan Template Asalnya Di Sini...


P/s : Terima kasih papa, kerana sudi meluangkan masa membawa mama mencari bahan² mentah untuk menghasilkan kraftangan ni...Terima kasih daun keladi...lain kali bawalah ma lagi...heeeeeee