Wednesday 30 December 2015

♥ Felt Owl

Lama tak update blog ni... rasa macam tiada bertuan pulak! Sebenarnya saya tiada mood dan juga masa untuk berkarya lagi di dalam blog ini..huuuuuu... TAPIIII!!!!!

.....baru² ini, saya telah jatuh hati dengan kraftangan felt. Google dalam internet, banyak juga kraftangan felt yang menarik saya lihat telah dihasilkan terutamanya dari luar negara. Di negara kita pun ramai juga pengusaha kraftangan sambilan yang berjinak-jinak dalam kraftangan felt ni.

Untuk cubaan yang pertama, saya teringin membuat bantal burung hantu. Oleh kerana hasilnya agak kecil, maka saya rasakan ianya hanya sesuai dijadikan patung burung hantu saja (owl toy).. Inilah hasilnya.....100% jahitan tangan

:-)





Owl Template
Saya Dapatkan Template Asalnya Di Sini...


P/s : Terima kasih papa, kerana sudi meluangkan masa membawa mama mencari bahan² mentah untuk menghasilkan kraftangan ni...Terima kasih daun keladi...lain kali bawalah ma lagi...heeeeeee 

No comments :

Post a Comment