Thursday 15 May 2014

2014 Blog Giveaway #1-Lin Handmade Greetings Card

Sila klik di sini

Pertama kali ingin mencuba nasib Giveaway di blog Kak Lin. Pelbagai hadiah kraf ditawarkan dan sudah tentu ianya mengujakan semua peserta!!! Anda juga boleh menyertai Blog Giveaway ini! Hanya klik pada link di atas dan sila fahami syarat² yang dikenakan. Tarikh tutup adalah 13 Julai 2014, jadi apa tunggu lagi? Kita terjah blog Kak Lin sekarang juga!!!!!

Pada mulanya, saya jatuh cinta dalam bidang quilling ini setelah 'terjumpa' blog Kak Lin beberapa bulan yang lepas. Seterusnya, saya menjadikan blog beliau sebagai sumber rujukan dan panduan untuk saya berquilling sehingga kini. Kak Lin merupakan sumber inspirasi untuk saya mencuba seni gulungan kertas ini. Karya beliau yang cantik, menimbulkan minat saya untuk mencubanya pula.

Sehingga kini, quilling yang saya hasilkan adalah untuk diri sendiri dan diberikan sebagai hadiah untuk orang² tersayang. 

Untuk Kak Lin, saya ucapkan semoga sukses selalu!!!

2 comments :

  1. datang dari giveaway yang sama.
    semoga berjaya.

    http://syuhadabaharudin.com/2014/05/17/2014-blog-giveaway-1/

    ReplyDelete