Monday, 16 December 2013

♥ Baru Nak Berjinak² Dalam Bidang Quilling

2 Dec 2013 hari tu, habis je waktu pejabat, papa bawa aku ke Sri Petaling untuk membeli bahan² quilling di rumah seorang chinese ni. Sebenarnya aku baru saja tahu seni quilling ni (seni menggulung kertas). Teringin pula nak mencubanya. Barang²nya agak mahal, pandai amoi cina tu buat business. Dia import terus dari US (produk keluaran Quilled Creations). Kat kedai² buku ataupun craft di Malaysia ni memang payah nak dapat bahan² untuk buat quilling ni.

Ini adalah hasil pertama quilling aku. Kelakar je rupanya kan? :). Papa menyokong usaha aku untuk buat quilling ni. Dapat penuhkan masa yang terluang, jadi aku taklah sangat memikir yang bukan²..Really? Tengah quilling pun ada masanya datang jugak fikiran tu! Huhuhu...


Ini pulak aku guna kertas A4 color yang kat opis punya.. saje try and error. Ini aku buat sebelum aku beli quilling tools lagi, just guna sikat rambut...



No comments :

Post a Comment