Thursday, 18 May 2023

Buku untuk diletgo

27 Syawal 1444H

18 Mei 2023

Selamat Hari Lahir buat Kamal Norul Yaqin, satu-satunya abang aku, dulu-dulu buat kawan gaduh!

Alhamdulillah, dah bertahun-tahun tak buka blog ni. Kalau rumah ditinggalkan, tentu dah bersawang, kan?. Nasib baik ingat lagi passwordnya ;)

Sekarang umur aku pun dah 42 tahun. Daripada bekerja di ofis, sekarang dah buka khemah berniaga kuih peneram dan cakoi dengan madu sendiri! Macam-macam yang kami lalui. Kalau nak cerita pun takkan habis. Hikhikhik. Inilah perjalanan hidup yang aku pun tak sangka!

Oklah, masa Hari Raya lepas, aku beraya di rumah emak dengan suami. Sempatlah mengemas sikit-sikit dalam bilik tu sambil membelek-belek buku ni. Rasanya aku nak juallah buku-buku ni. Ada yang berkenan tak??? 😑





Wednesday, 31 May 2017

♥ My Tree Quilling


5 Ramadhan 1438

Aku dah lama meninggalkan aktiviti berquilling ni. Baru-baru ni semacam ade mood balik. Semalam dah tempah frame. Tak sabar nak tunggu esok! Frame yang aku tempah pun simple je sebab nak pilih yang cantik-cantik, mahal pulak harganya! Huuuu..

Dah siap tempahan frame tu nanti, teman upload kat sini ye!



#
#
#
#
#
Ini dia Quilling Tree saya setelah diframekan :)



Ada yang berminat tak dengan hasil quilling saya? Saya nak jual! Sila Klik Di Sini.




Thursday, 30 March 2017

♥ Sampul Duit Raya

Dalam 2 hari ni, kerja kurang kat opis... so aku ambil masa yang ada untuk try design sampul duit raya dalam Illustrator.. Tak pernah design sebelum ni, so yang simple² macam buat effect watermark, shadow, clipping mask, trace and expand tu aku banyak belajar daripada papa. Kebanyakan imej aku ambik daripada free vector so aku tinggal edit sikit².. ada gak yang aku guna Photoshop untuk naikkan warna imej dan untuk design background . So di sini amat²lah menguji kekreatifan aku dalam susun atur objek. Letih memikir sebabnya aku ni taklah kreatif mana! Haha..Ikut sedap je nak buat macamana, ye!...Ni pun banyak kali ubah dah ni...

So, gambar di bawah menunjukkan 4 design sampul duit raya yang dah siap. Agak² okey ke tak? atau...nampak cam old design??? Hurmmmm...



31 Mac 2017


Ada update lagi daripada aku, untuk sampul duit raya tu.. ;)

Yang ni tiada perubahan...

Yang pelita ketupat ni aku tukar warna tulisan dia..

Okey, yang ini baru design tadi...kehkehkeh