Monday 23 December 2013

♥ Kraftangan Ahad

Tengah bersemangat membuat quilling. Semalam, aku sempat menghasilkan bookmark di bawah.



P/s : Oh, sedihnya!!! Kulat dah hidup dalam kamera dan lens aku... :-(

♥ Bookmark

Jumaat lepas, sempat siapkan bookmark (penanda buku). Satu untuk emak, dan satu untuk Erni (sempena hari lahirnya semalam. :)


P/s : Bookmark bunga untuk emak, bookmark kucing untuk Erni...

Tuesday 17 December 2013

♥ Quilled Birthday Card






Kad ni aku buat khas untuk Erni (anak buah papa) yang bakal menyambut hari lahir pada 22 Dec ini nanti. Serious aku kurang pandai dalam susun atur dan bermain dengan warna. Cubaan Pertama :)

♥ Lagi dan lagi...

Malam tadi, sempat buat sebiji lagi manik tudung untuk emak :)



Monday 16 December 2013

♥ Baru Nak Berjinak² Dalam Bidang Quilling

2 Dec 2013 hari tu, habis je waktu pejabat, papa bawa aku ke Sri Petaling untuk membeli bahan² quilling di rumah seorang chinese ni. Sebenarnya aku baru saja tahu seni quilling ni (seni menggulung kertas). Teringin pula nak mencubanya. Barang²nya agak mahal, pandai amoi cina tu buat business. Dia import terus dari US (produk keluaran Quilled Creations). Kat kedai² buku ataupun craft di Malaysia ni memang payah nak dapat bahan² untuk buat quilling ni.

Ini adalah hasil pertama quilling aku. Kelakar je rupanya kan? :). Papa menyokong usaha aku untuk buat quilling ni. Dapat penuhkan masa yang terluang, jadi aku taklah sangat memikir yang bukan²..Really? Tengah quilling pun ada masanya datang jugak fikiran tu! Huhuhu...


Ini pulak aku guna kertas A4 color yang kat opis punya.. saje try and error. Ini aku buat sebelum aku beli quilling tools lagi, just guna sikat rambut...



♥ Untuk Bibik

Ni pulak untuk bibik Mulya (maid makcik aku). Dia pun nak jugak!!! Hoho....


♥ Manik Tudung

Tudung manik yang aku buat khas untuk emak beberapa minggu yang lepas :)




Actually try and error je... Jadilah pulak, walaupun tak cantik mana!